My Nuffnang

Monday, March 26, 2018

ME AT 32


© 2017 Hasif Rahman - Personal | The 1986 Man

Xiaomi Redmi 4X

" Anyone who stops learning is old, whether at 20 or 80. Anyone who keeps learning stays young "

- Henry Ford -


Lahir pada tahun 1986, kini telah berusia 32 tahun atau dengan kata lain golongan 3 series. Merenung kembali kepada perjalanan hidup sepanjang 32 tahun ini, banyak perubahan yang telah dilalui. Dari zaman gemuk yang amat, kini dalam keadaan terkawal. Nak bentuk badan masa zaman kahwin dulu agak susah sedikit. Bukan tidak boleh cuma semangat untuk disiplin menurunkan berat badan tidak seperti dulu. Mungkin tahun 2018 akan diusahakan.

Antara perubahan yang paling ketara dirasai diri ini kini adalah pemakaian. Minat untuk mengenakan pakaian kemeja dan suit semakin menebal berbanding t-shirt. Rasa perlu ditingkatkan penampilan diri. No more tshirt and jeans semata lebih - lebih lagi ke majlis yang RSVP. Tiba masa untuk penampilan diri as Semi Casual. Bila berpakaian as Semi Casual, terasa diri lebih yakin di tempat awam walaupun sebenarnya tiada siapa yang melihat. Haha. Maka dengan ini tahun 2018 akan lebih banyak berbelanja untuk pakaian. Terima kasih jua pada isteri yang memberi sokongan (Sebenarnya dia dah tegur lama, hahahaha)

Faktor usia mungkin, taste juga berubah. InsyaAllah ada rezeki, akan berusaha mengubah diri menjadi lebih baik.



Tuesday, March 13, 2018

FAMILY TRIP TO LANGKAWI


© 2017 Hasif Rahman - Personal | Family Trip to Langkawi

Xiaomi Redmi 4X

" The world is a book and those who do not travel read only a page "

- Saint Augustine -


Rasanya dah lama tidak keluar melancong ke negeri lain. Last sekali tahun lepas ke Melaka. Masa tu Audrey pun kecil lagi. Sayf belum lahir, isteri pun belum mengandung rasanya. Haha. Just an ad hoc plan rasanya, a family trip to Langkawi for 4 hari 3 malam. Macam biasa, wife la yang uruskan semua dari booking flight ticket hingga ke booking hotel. Kalau nak harapkan suami dia ni, tak bergerak nanti. Haha. Suami dia ni boleh gerak kalau bab naik kereta or naik kereta api je. Bab flight ni, serah pada isteri. Hahaha.

Banyak tempat di lawati cuma tak banyak gambar diambil. Rasa tak seronok ambil gambar menggunakan camera phone. Prefer guna DSLR or Mirrorless. Cuma tu la, dah ada anak dua ni yang masih kecil, leceh nak bawa DSLR. Mirrorless pula mahal nak beli as per banyak komitmen lain yang ada lagi penting. So mood nak ambil gambar tu, hambar sket. InsyaAllah, ada la rezeki nak beli proper kamera. Ke nak trade in DSLR sekarang dengan mirrorless? Prefer Fujifilm or Sony.

Back to the topic, Langkawi ni banyak kenangan sebenarnya. Even the first flight dalam hidup ni adalah ke Langkawi bersama arwah mak dan abah dulu. Plus beberapa kali ke Langkawi jua sebab my best friend ada di sana. Majlis tunang, majlis kahwin dan juga beberapa kerja rasmi.

Apa yang menarik trip kali ini adalah dengan kehadiran isteri dan dua kesayangan. Rasanya ni first time ke Langkawi dengan isteri, siap pakej seorang putera dan seorang puteri. Haha. Paling best bila tengok Audrey sangat terpegun melihat peguin dan ikan serta mandi manda di laut. Reaksi mukanya yang tak mungkin dilupakan. Anak2 happy di Langkawi = ibu dan ayahnya turut happy. Kebahagian anak2 itulah kebahagiaan ibu dan ayahnya.


Baru selesai melawat 3D Art Gallery di Langkawi. Serius menarik. Tidak menghampakan seperti Rumah Terbalik di Melaka. Haha. Sangat besar dan puas untuk bergambar. Sekarang dia dah pakej sekali dengan Cabel Car. Audrey la paling ceria di situ. Ada juga tempat bermain dengan arnab. Banyak lagi la. Haha. Cuma takda mood nak post semua kat sini sebab gambar tak sharp. Ekekeke.




Cabel Car ni dah berapa kali naik, tapi gayatnya tak pernah hilang. Masa di tengah - tengah, fikiran dok terfikir cable tu putus. Haha. The same thing setiap kali naik kapal terbang, asyik terfikir masa nak berlepas pilot terlepas gear dan kapal terbang baru nak naik jatuh balik dan meletup, masa di udara gegar sedikit je dah rasa sayap kapal terbang nak patah dan jatuh terhempas dalam keadaan sedar nampak jatuh ke tanah, masa di udara gegar sedikit je dah rasa enjin kapal ada masalah dan jatuh terhempas, dalam keadaan biasa pun terasa macam kapal terbang tu akan bertembung kapal terbang lain. Hahahahaha. Ya, saya memang ada perasaan takut naik kapal terbang. Sebab tu selagi boleh kalau nak ke mana mostly local saya prefer naik kenderaan darat biarpun rasa berkurun nak sampai. Tapi takut2 tu takda la sampai tak naik lansung, cuma kena dipaksa dan ya, perjalanan tu memang rasa tak seronok. Seat tak mau di sebelah tingkap. Sama ada tengah or tepi lorong. Haha. Dah sampai destinasi baru mood tu ada. Hahahaha.

Staff staff di pejabat ada tanya pasal coklat. Sorry la, bos memang tak beli apa coklat pun sebabnya bag dah penuh. Nak zip pun tak dapat.Beli coklat pun makan kat sana habis, takda bawak balik. InsyaAllah lain kali bos beli ye. Singapore tu pun bos tak beli apa2. Mahal betul ! RM300 dapat 90 Singapore dollar je. Dah la tengah bulan. Hahahaha

Ok bye.